Jonathan Khemdee Beri Amaran Kepada Pencabar Pingat Emas Sukan Sea
Asia Tenggara
Bangkok Post
Advertisements

Thailand akan bertemu Vietnam dalam aksi terakhir kumpulan B Sukan Sea Kemboja yang dijadualkan esok. Kedua-dua pasukan sudah pun layak ke separuh akhir dan perlawanan tersebut boleh dianggap sebagai penentu juara kumpulan.

Namun bagi pemain muda Thailand, Jonathan Khemdee, beliau tetap menganggap perlawanan esok merupakan perlawanan yang penting. Jika menang ke atas Vietnam, ianya akan memberi motivasi tambahan sebelum beraksi dalam pentas separuh akhir kelak.

“Kedua-dua, Thailand dan Vietnam sudah mara ke separuh akhir, tetapi perlawanan itu juga penting buat kami. Kami sentiasa mahu menang setiap perlawanan. Khususnya, jika menewaskan Vietnam ianya akan membantu meningkatkan semangat kami,” jelas Khemdee kepada Media Vietnam.

Advertisements

Walaupun sedar akan kekuatan pasukan Vietnam, namun Khemdee memberi peringatan bahawa kemenangan akan menjadi milik Thailand dan beliau yakin Thailand akan merangkul pingat emas Sukan Sea kali ini.

“Vietnam merupakan sebuah pasukan yang kuat, mereka bermain dengan penuh keazaman. Tetapi kemenangan akan menjadi milik Thailand. Tahun ini, kami pasti akan menewaskan semua lawan dan membawa pulang pingat emas ke Thailand,” luah Khemdee dengan penuh keyakinan.

Advertisements

Khemdee didaftarkan oleh Thailand untuk menghadiri Sukan SEA ke-23 tetapi tidak bermain dalam tiga perlawanan pertama kerana terikat dengan perlawanan Liga Thailand menentang Ratchaburi. Walaupun letih, namun beliau sudah bersedia untuk diturunkan menentang Vietnam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram