Jordan Mintah Beri Duit Raya Kepada Peminat
MakanBola
Kuching City FC

Penyerang Kuching City FC, Jordan Mintah berkesempatan memberi duit raya kepada penyokong-penyokong pasukan itu yang bertuah.

Video penyerang berusia 30 tahun itu menghulurkan duit raya kepada penyokong yang bertuah dikongsikan di platform rasmi The Cats pada 28 Mac lalu.

Mintah menghampiri tempat duduk penyokong selepas perlawanan persahabatan antara Kuching City dan kelab Singapura, Hougang United.

Bekas penyerang Terengganu FC itu kemudiannya mula memberi duit raya kepada ramai penyokong termasuk kanak-kanak.

Sebaik video tersebut dikongsikan di platform rasmi Kuching City, ramai penyokong memuji tindakan penyerang baharu Malaysia itu.

Seorang peminat bernama Awang Physio menyifatkan pemberian duit raya Mintah sebagai rezeki buat para penyokong terutama kanak-kanak.

“Rezeki kanak-kanak dapat duit raya daripada Jordan,” katanya di ruang komen Facebook.

Seorang lagi penyokong bernama Gadion Lanyau turut gembira dengan tindakan Mintah. Dia meninggalkan isyarat bagus di ruang komen pasukan itu.

Selain menerima duit raya, penyokong Kuching City juga ceria apabila pasukan itu menewaskan Hougang 2-1.

Claim Money Packet TnG