Jordan Mintah Idam Jadi Penjaring Terbanyak Liga Super
Dunia
officialterengganufc
Advertisements

Pemain kebangsaan Ghana, Jordan Mintah bercita-cita untuk menjadi penjaring terbanyak dalam saingan Liga Super ataupun Liga Perdana musim ini.

Bekas penjaring terbanyak Liga Perdana ini tekad mahu beraksi bersama skuad utama pasukan Terangganu musim ini.

“Impian saya adalah untuk bermain dengan pasukan utama musim ini, namun ianya bukan keputusan saya, terpulang kepada barisan jurulatih untuk menyenaraikan beraksi bersama pasukan TFC atau TFC II kerana kedua-dua pasukan sudah tentu saya boleh bermain.”

Advertisements

“Sasaran saya sudah tentu untuk merakam rekod yang lebih baik berbanding musim lalu dengan sekali lagi muncul penjaring terbanyak sama ada dalam saingan Liga Perdana ataupun Liga Super selain membantu pasukan meraih piala kejuaraan.”

Tambah Jordan, beliau akui persaingan untuk memburu gelaran tersebut bukan satu perkara mudah kerana ia melibatkan satu pasukan bukan individu.

Jordan dalam pada itu yakin dengan semangat berpasukan yang ada di TFC mahupun TFC II akan mampu capai impiannya bersama Terengganu.

Advertisements

“Bagaimanapun ianya bukan sesuatu yang mudah kerana persaingan untuk merebut penjaring terbanyak membabitkan semua pasukan dan bukannya dalam pasukan.”

“Tapi dengan kerjasama rakan sepasukan dan bimbingan barisan kejurulatihan, impian itu pasti boleh dicapai kerana saya tidak boleh lakukannya berseorangan,” kata Mintah kepada Harian Metro.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram