Jordan Mintah Nafikan Dihubungi Kelab Lain Ikut Pintu Belakang
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Peledak berbisa Terengganu FC II, Jordan Mintah menafikan khabar angin yang mendakwa bahawa beliau menggunakan pintu belakang untuk sertai kelab Liga Super.

Perkara ini dikongsikan di laman Instagram milik Jordan, beliau mengeluarkan satu hantaran gambar yang menyatakan bahawa hatinya masih bersama Terengganu.

Ini bermakna tangkap layar yang telah tersebar luas itu adalah tuduhan palsu.

Advertisements

Hal ini tercetus oleh kerana pemain berusia 27 tahun ini tidak tersenarai ke dalam skuad utama Terengganu dalam saingan Liga Super musim ini meskipun telah beraksi dengan cemerlang bersama Terengganu II bagi saingan Liga Premier.

Namun begitu, perkara ini telahpun di nafikan oleh tuan empunya badan sendiri dan Jordan Mintah tetap kekal bersama Terengganu II setakat ini.

Pemain kelahiran Ghana ini kini mengetuai skuad Terengganu II dan tampil cemerlang dengan mengumpul 26 jaringan dalam 28 perlawanan sepanjang musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram