Jordan Mintah Sertai KL City

Jordan Mintah 2 Jordan Mintah Sertai KL City
Terengganu FC

Penyerang berbisa Terengganu FC, Jordan Mintah difahamkan akan menyertai pasukan KL City menjelang jendela perpindahan kali ini.

Kapten pasukan Terengganu II itu dilepaskan dari Terengganu ke KL City FC secara pinjaman.

Perkara itu dimaklumkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu ciapan di Twitter.

Sebelum ini telah tersebar satu tangkap layar yang mengaitkan Jordan Mintah ke Selangor. Namun perkara itu telah pun dinafikan oleh kedua-dua pihak.

Kini penjaring terbanyak Liga Premier 2021 itu dilihat bakal menambah bisa barisan serangan skuad kendalian Bojan Hodak menjelang aksi di Piala AFC dan saingan liga super.

KL City akan mulakan kempen Piala AFC pada 24 Jun kelak menentang pasukan PSM Makassar. Perlawanan itu bakal menjadi medan terbaik buat Jordan Mintah kembali meledak dan membuktikan kemampuan sebenar di pentas Asia.