Jordan Mintah Dijangka Terus Jadi Mesin Gol Buat KL City
Dunia
klcityfootball
Advertisements

Penyerang import Kuala Lumpur City FC (KL City), Jordan Mintah meledak dua gol dalam aksi Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Ini menandakan Mintah sudah meledak 2 gol daripada 3 perlawanan Liga Super bersama KL City yang mana ianya satu rekod yang baik sebagai seorang penyerang. Mintah ketika ditemui selepas perlawanan mengakui tidak sabar untuk meledak lagi bagi KL City.

“Saya menyertai mereka agak lewat jadi saya tidak mempunyai banyak masa untuk berlatih, mengenali pemain dan sebagainya. Tetapi dari perlawanan demi perlawanan yang dilalui, keadaan menjadi lebih baik dan dalam aksi keempat saya, akhirnya saya berjaya menjaringkan gol. Bukan sekali tetapi dua kali!” luah Mintah.

Advertisements

“Saya perlu berterima kasih kepada jurulatih dan rakan sepasukan yang terus beri motivasi kepada saya. Sekarang saya telah menemui sentuhan jaringan, saya berharap dapat meletakkan kelab pada kedudukan yang lebih baik dengan menjaringkan lebih banyak gol lagi selepas ini.” kata Mintah ketika ditemui selepas perlawanan.

Untuk rekod, Mintah merupakan pemain Terengganu FC musim ini dan beliau dipinjamkan ke KL City pada pertengahan musim. Bersama Terengganu FC, beliau merupakan tonggak utama untuk Terengganu FC II dan sudah meledak 7 gol dalam saingan Liga Premier.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram