Jordan Mintah Tolak Tawaran Kelab Luar, Terengganu Dalam Hati
Dunia
@bolasepakTRG
Advertisements

Pemain import Terengganu FC yang dianggap sebagai tonggak serangan pasukan, Jordan Mintah mengakui banyak menolak tawaran luar kerana banyak perkara yang beliau sayang selama bersama TFC.

Penyerang prolifik dari Ghana itu menjelaskan perlu membuat persiapan awal kerana beliau mempunyai misi yang besar untuk dicapai sekaligus menampikan tahap permainan yang berbeza dari sebelum ini.

Dalam pada itu, Jordan turut menyatakan baru sahaja kembali pulih dari kecederaan dan mahu menikmati perlawanan bersama TFC2 nanti.

Advertisements

“Kami sentiasa kerja keras, semuanya baik-baik sahaja. Tahun ini banyak sasaran yang perlu saya capai dan membuat dengan lebih baik dari sebelum ini.”

“Sebenarnya tiada beza sama ada TFC1 atau TFC2, saya boleh beraksi dimana-mana kerana saya menandatangani kontrak bersama TFC1, saya tak tahu, tambahan pula saya baru kembali dari kecederaan saya cuba untuk kembali pulih dan menikmati perlawanan dengan TFC2,”

“Semestinya banyak, sampai sekarang saya masih mendapat tawaran dari luar lagi, kerana Terengganu dalam hati terlalu banyak sayang dan hormat terhadap pengurusan dan penyokong,”

Advertisements

Jordan berharap akan menunjukkan penampilan yang cemerlang dari musim lepas jika peminat mahukan lagi taringnya.

“Tahun ini, saya ingin memberikan yang terbaik dari musim lepas dan bersedia bila-bila masa jikalau mereka perlukan saya, saya masih cintakan mereka,” ujarnya kepada Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram