Jordan Mintah Tutup Mulut Pengkritik
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Penyerang Terengganu FC II, Jordan Mintah menyatakan bahawa nilai pencapaian bukan penentu tetapi apa yang beliau mampu sumbangkan bagi membantu pasukan adalah sesuatu kemenangan.

Pemain kelahiran Ghana berusia 27 tahun itu meluahkan rasa gembira setakat ini dengan apa yang telah diberikan kepada pasukan dan dapat menutup mulut sesetengah pengkritik di mana menganggap prestasinya sudah merudum walaupun rekod jaringannya tampak sedikit perlahan di permulaan musim ini.

Dalam pada itu, Jordan turut mengharapkan kejayaan meledak dua jaringan pada perlawanan terakhir ketika berdepan Kuching City FC sekaligus akan menambahkan lagi keyakinan beliau untuk membantu Terengganu FC II mengejar kejuaraan dalam saingan Liga Premier musim ini.

Advertisements

“Saya rasa tidak tepat untuk menilai prestasi secara keseluruhan hanya berpandukan kerana jumlah gol tetapi apa yang saya mampu sumbangkan bagi membantu kemenangan pasukan.

“Setakat ini saya berpuas hati dengan apa yang telah sumbangkan kepada pasukan malah sebelum aksi berdepan Kuching City, saya rasakan jumlah tiga gol itu bukanlah sesuatu yang sangat teruk.

“Cuma selepas dua jaringan berdepan Kuching City, saya rasa itu sedikit sebanyak menaikkan lagi moral buat saya selaku penyerang bagi hadapi perlawanan akan datang,” katanya.

Advertisements

Untuk rekod, Jordan pernah meledak 16 gol dalam saingan Liga Perdana selain empat (Liga Super) dan lima (Piala Malaysia) musim lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram