Jordi Amat Akan Bersumpah Khamis Ini
Dunia
Johor southern tigers
Advertisements

Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim, Jordi Amat difahamkan akan mengangkat sumpah sebagai rakyat Indonesia pada 17 November ini.

Perkara ini telah dikongsikan oleh Ketua Umum PSSI, Mochamad Iriawan dalam laman Instagram miliknya semalam.

Menurutnya, seorang lagi pemain berketurunan Indonesia, Sandy Walsh juga akan bersama Jordi Amat pada hari esok bagi majlis angkat sumpah.

Advertisements

Oleh itu, Ketum PSSI menegaskan kepada dua orang pemain ini untuk segera pulang ke Indonesia untuk menghadiri proses naturalisasi mereka.

“Saya baru menerima berita Khamis 17 November 2022, Sandy Walsh dan Jordi Amat, akan mengangkat sumpah oleh @kemenkumhamri (Dewan Perwakilan Rakyat) sebagai Warganegara Indonesia.

“Untuk itu, saya telah meminta Sandy Walsh dan Jordi Amat datang ke Indonesia segera.

Advertisements

“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pihak yang telah memperjuangkan tujuan yang baik ini. Semoga penggabungan Sandy dan Jordi akan menambah kekuatan pasukan Kebangsaan. Sebab #kitagaruda,” jelas Ketum PSSI dalam Instagramnya.

Selepas selesai proses ini, kedua pemain ini boleh memperkuatkan skuad Indonesia dalam saingan Piala AFF 2022 yang akan berlangsung 20 November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram