Jordi Amat Tak Sabar Nak Rantai Lionel Messi
Asia Tenggara
@jordiamat5
Advertisements

Dengan perlawanan persahabatan Indonesia menentang Argentina bakal diadakan pada 19 Jun ini, ramai penyokong Indonesia tidak sabar menonton perlawanan itu. Bagi kapten Tim Garuda, Jordi Amat, ia satu perlawanan istimewa di mana dia berharap dapat merantai legenda Argentina, Lionel Messi.

Sebelum berkelana ke banyak kelab termasuk Johor Darul Ta’zim (JDT), Amat pernah beraksi untuk kelab Espanyol. Semasa bersama Periquitos yang dibimbing pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino pada 2012, dia membantu kelab itu merekodkan keputusan seri 1-1 dengan Blaugrana.

Amat menyifatkan perlawanan tersebut sebagai istimewa kerana pasukan Barcelona yang diikat mereka merupakan pasukan terbaik dunia ketika itu. Justeru, peluang bersaing sekali lagi dengan Messi dilihat satu peluang yang tidak mahu dilepaskan bek tengah Harimau Selatan itu.

Advertisements

“Sudah semestinya akan menjadi satu pengalaman yang menakjubkan. Ya, satu peluang hebat beraksi dalam perlawanan ini. Ya, saya tidak sabar menyertai mereka (Timnas Indonesia).

“Saya akan menyertai mereka kalau tidak silap pada 12 Jun kerana pada 9 haribulan, kita (JDT) beraksi di tempat lawan (menentang Terengganu) pada Sabtu.

“Pagi ini, mereka tag saya di Instagram jadi ya, semua orang akan datang untuk perlawanan (persahabatan Argentina) di Asia. Jadi, ya, sangat gembira untuk menanti dan tak sabar beraksi dalam perlawanan ini.

Advertisements

“Saya pernah beraksi menentang (Lionel) Messi sebelum ini jadi ya, ini satu lagi perlawanan istimewa menentang beliau sekali lagi.

“Saya mendapat keputusan mengagumkan semasa di Espanyol, kita seri 1-1 di gelanggang sendiri menentang pasukan terbaik Barcelona ketika itu. Jadi, ya, memori yang bagus,” katanya kepada Karl Nunis untuk Nadi Arena.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram