Ads
Persahabatan
Johor Southern Tigers

Penyerang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Obregon memberikan mimpi ngeri kepada kelab Thailand, Port FC.

Advertisements

Pemain kelahiran Colombia itu memastikan skuad Harimau Selatan melakar kemenangan penting 3-1 berdepan lawan yang bukan calang-calang.

Advertisements

Beliau diturunkan dalam kesebelasan utama dan membentuk trio serangan bersama Enzo Lombardo dan Oscar Arribas di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

Advertisements

Percaturan ampuh skuad kendalian Hector Bidoglio itu membuahkan hasil apabila Obregon meledak dua gol untuk memastikan kemenangan JDT.

Juara Piala FA itu membuka tirai jaringan menerusi Oscar Arribas pada minit ke-14 sebelum Obregon menambah gol kedua menerusi bekas pemain Liga Croatia itu pada minit ke-57.

Advertisements

Beliau menambah jaringan kedua menerusi percubaan cantik pada lewat permainan untuk membuka akaun jaringannya di Malaysia.

Advertisements

Obregon menjadi salah seorang daripada tonggak import baharu yang dibawa masuk oleh JDT sebagai persiapan menjelang saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram