Impak yang diharapkan mampu dijelmakan oleh ayam tambatan Mumbai City, Jorge Pereyra Diaz tidak muncul dengan pasukan tersebut menjadi belasahan di Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Wakil India itu gagal mengekang cabaran hebat tiga lawan berbisa seperti Al-Hilal, Nassaji dan juga Navbahor.
Mumbai City di bawah kendalian Des Buckingham tidak mampu menandingi kekuatan lawan apabila menjadi pasukan belasahan dalam Kumpulan D.
Selepas tewas pada aksi pembukaan kepada Nassaji Mazandaran dengan keputusan 2-0, Mumbai City terus mencipta impak buruk dengan Diaz gagal memberikan sebarang jaringan buat pasukan di pentas Asia.
Mumbai City berada di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang kata namun mengharungi aksi yang baik dalam India Super League (ISL) dengan 3 kemenangan dan dua seri.
Bekas penyerang JDT itu tidak diturunkan berdepan Nassaji Mazandaran sungguhpun sudah mencetak 5 gol dalam 5 penampilan liga.
Perlawanan terakhir di ACL akan menemukan Munbai City dan Navbahor sambil pasukan pasti mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mencuri mata pertama di Asia.