Jorn Andersen Anggap Ketumpulan Serangan Punca Dimalukan Malaysia
MakanBola
Azri / MakanBola
Sponsors

Ketua jurulatih Hong Kong, Jorn Andersen mengakui bahawa ketumpulan jentera serangan telah menyebabkan pasukannya gagal menandingi Malaysia.

Hong Kong hadir untuk menebus kekecewaan tahun lalu apabila tunduk dengan keputusan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ad

Beliau bagaimanapun terpaksa menelan hakikat apabila pasukan bimbingannya tewas sekali lagi kepada Harimau Malaya dengan jumlah jaringan yang sama.

Ad

Mengulas lanjut, bekas bintang Bundesliga ini mengakui pasukannya banyak melepaskan peluang di hadapan gawang.

“Ketika perlawanan menentang Singapura, kami mempunyai 10-15 peluang namun tidak dapat menjaringkan sebarang gol.”

Ad

“Hari ini kami memiliki 7-8 peluang terhidang tetapi jentera serangan kami masih tidak dapat memanfaatkannya. Saya tidak boleh menentukan tindakan pemain kerana mereka yang beraksi di atas padang, ” jelasnya.

Ad

Pengendali kelahiran Norway itu bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas kemenangan yang diperoleh.

Ad

Malaysia secara keseluruhannya memperoleh 10.12 mata daripada kalendar kali ini sekaligus melonjak ke tangga 139 dunia.