Junior Eldstal: Kalau Boleh Main Posisi Penyerang Apa Salahnya

Junior Eldstal 2 Junior Eldstal: Kalau Boleh Main Posisi Penyerang Apa Salahnya
FA Malaysia

Pemain pertahanan kebangsaan, Junior Eldstal mengulas serba serbi tentang prestasi semasa beliau. Menurut Junior, beliau kini lebih selesa menggalas tugas sebagai pertahanan tengah pasukan.

Mencecah usia 31 tahun, beliau akui kepantasannya ketika di dalam padang tidak sama seperti dahulu. Bekas pertahanan Chonburi ini menyatakan bahawa adalah lebih baik untuk beliau bermain di posisi pertahanan berbanding posisi tengah.

“Saya rasa zaman saya bermain di posisi tengah sudah berakhir, sudah mencecah usia 30 tahun jadi saya sudah semakin lambat. Jadi lebih baik untuk saya bermain di posisi pertahanan.”

“Saya selesa bermain posisi pertahanan tengah, di Chonburi FC juga saya bermain di posisi itu. Saya rasa saya miliki keistimewaan dapat membaca permainan dengan baik dan memiliki keupayaan untuk menjadi leadership di dalam padang,” kata Junior Eldstal kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, pemain yang dilahirkan di Kota Kinabalu Sabah ini sempat berseloroh ketika di tanya pemberita. Kata Junior apa salahnya jika beliau diberi peluang untuk bermain sebagai penyerang, mana tahu nanti boleh jaringkan gol.

“Kalau main menyerang, apa salahnya. Nanti boleh hatrick.”

Junior Eldstal telah tersenarai dalam 30 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat. Beliau perlu berebut tempat, memastikan beliau terpilih dalam 23 skuad akhir untuk saingan Kelayakan Piala Asia 2023, Jun kelak.