Junior Eldstal Upah Jurulatih Australia
Dunia
fam malaysia
Advertisements

Pemain pertahanan Chonburi FC, Junior Eldstal difahamkan mengupah jurulatih dari Australia untuk meningkatkan prestasi sebagai persediaan tambahan di Kem Latihan Pusat Harimau Malaya.

Memetik laporan daripada Harimau Malaya, pemain berusia 30 tahun ini kekal komited untuk menjadi taruhan di benteng utama jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon.

“Sudah pasti boleh. Di Thailand saya bekerja dengan ahli fisioterapi kelab saya iaitu Chonburi FC dan saya juga buat latihan tambahan sendiri bersama jurulatih dari Australia.

Advertisements

“Sebelum datang ke sini saya sudah buat persiapan selama sebulan bagi memastikan apabila saya datang ke sini saya sudah bersiap sedia,” kata Junior kepada Harimau Malaya.

Untuk rekod, Junior berkelana ke Liga Thailand menyertai pasukan Chonburi FC pada tahun 2021 dimana beliau berjaya membuat 31 penampilan serta menjaringkan 2 gol sepanjang musim 2021/22.

Dengan jumlah minit permainan yang banyak pastinya bakal beri impak buat pasukan kebangsaan jika nama beliau terpilih dalam senarai 23 terakhir.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram