Jurgen Klopp Arahkan Pemainya Menghormati Lawan Walaupun Menang Besar
EPL
Sky Sports
Advertisements

Kemenangan besar Liverpool ke atas Manchester United di Old Trafford tidak menjadikan Jurgen Klopp lupa diri sebaliknya beliau mengarahkan pemainya agar menghormati tuan rumah.

Permusuhan kedua-dua kelab bukanlah rahsia malah aksi kedua-dua pasukan ini kerap kali dihiasi dengan aksi menarik dan tegang sepanjang perlawanan untuk beberapa dekad.

“Ianya keputusan yang gila. Ianya sangat spesial tetapi kami tidak terlalu meraikannya.”

Advertisements

“Kami harus menghormati lawan. Semasa rehat separuh masa pertama, saya beritahu pemain agar kita bermain dengan lebih baik (pada separuh masa kedua).” Jelas Jurgen Klopp kepada Sky.

Dalam perlawanan ‘derby’ Manchester United-Liverpool di Old Trafford, anak didik Jorgen Klopp menewaskan tuan rumah 5-0 menerusi hatrik Mo Salah dan jaringan Naby Keita dan Diogo Jota.

Selain itu, Jurgen Klopp turut berpuas hati dengan aksi pemainnya.

Advertisements

“Kami amat klinikal, kami amat kejam dan tekanan tinggi yang kami berikan (kepada Manchester United) amat cemerlang.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram