Jurgen Klopp Tak Mahu Lakukan Kesilapan Chelsea
Dunia
This is Anfield
Advertisements

Romelo Lukaku mengalami kemerosotan prestatsi yang amat teruk di Chelsea dan Liverpool yakin tidak akan melakukan kesalahan yang sama dengan pemindahan besar Darwin Nunez.

Dengan kegagalan yang jelas pemain Belgium itu di Stamford Bridge walaupun dengan jumlah pembelian yang besar, penyokong Liverpool mungkin melihat Darwin Nunez dan tertanya-tanya samaada kesilapan yang sama bakal berlaku.

Nunez hanya menjalani satu musim yang menakjubkan di Portugal, sedangkan Lukaku mempunyai rekod prestasi yang lebih tinggi dan lebih lama. Musim terakhir Lukaku bersama Inter Milan beliau menjaringkan 24 gol dan membantu gol sebanyak 11 kali sebelum menjuarai liga Serie A.

Advertisements

Di Inter Milan Lukaku membentuk gandingan yang mantap bersama Lautaro Martinez di bahagian hadapan formasi 3-5-2. Namun di Chelsea, Lukaku mendapati dirinya sendirian dengan formasi 3-4-2-1. Prestasi jatuh dan menyebabkan kurang masa bermain.

Industri bola sepak teramatlah pelik. Jarang dengar industri lain yang membeli aset sebanyak £100 juta (RM 538 juta) dan tidak mengunakannya.

Mungkinkah Liverpool akan melakukan kesilapan yang sama dengan Nunez? Benfica jarang menggunakan formasi 4-3-3 seperti di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Advertisements

Terdapat juga spekulasi bahawa Liverpool akan menggunakan formasi baru pada musim 2022-2023. Musim hadapan akan menjadi sangat menarik untuk di nanti-nantikan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram