Ads
Dunia
IG Ansan Greeners FC

Jurulatih Ansan Greeners FC, Cho Min-kook bertegas dengan pendiriannya mengenai posisi terbaik pemain kebangsaan Indonesia, Asnawi Mangkualam. Beliau akui tidak bersependapat dengan Shin Tae-yong dan tidak mengendahkan saranan daripadanya.

Advertisements

Sebelum ini, Shin Tae-yong sudah memberi cadangan kepada Cho Min-kook untuk lebih kerap memainkan Asnawi di posisi bek sayap kanan supaya potensi Asnawi dapat digunakan semaksima mungkin.

Advertisements

Ketika beraksi bersama pasukan kebangsaan Indonesia dan sebelum ini di PSM Makassar, Asnawi sememangnya bermain sebagai pemain bek sayap kanan. Bagaimanapun, Cho Min-kook menegaskan Asnawi lebih baik dan sesuai mengembangkan potensi dirinya sebagai penyerang sayap kanan.

Advertisements

Advertisements

“Shin Tae-yong memberi nasihat mengenai kedudukan bek sayap. Asnawi juga mahu bermain sebagai bek sayap. Bagaimanapun, saya rasa bola sepak Asia Tenggara dan Liga K adalah berbeza,” kata Cho Min-kook seperti dipetik oleh bola.

“Bermain dalam posisi itu adalah sesuatu yang baik di peringkat Asia Tenggara. Bagaimanapun, adalah baik jika dia boleh menjaringkan gol dan membantu sebagai pemain sayap. Kepercayaan saya kekal tidak berubah,” kata jurulatih Korea Selatan itu.

Advertisements
Advertisements

Setakat ini, Asnawi Mangkualam masih belum dapat mempamerkan aksi cemerlangnya bersama Ansan Greeners FC. Pemain pasukan kebangsaan Indonesia itu mempunyai peluang yang terhad untuk bermain dan sehingga kini beliau hanya mencatatkan 118 minit dalam tujuh perlawanan dalam semua pertandingan di Korea Selatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram