Jurulatih B-19 Vietnam Risau Mengenai Kehadiran Penyokong Indonesia
Asia
thanhnien
Advertisements

Pengendali Vietnam Bawah 19 tahun, Dinh The Nam mengakui para pemainnya pasti berdepan kesukaran jika penyokong Indonesia hadir dalam perlawanan separuh akhir Piala AFF Bawah 19 di Indonesia diantara Malaysia dan Vietnam 13 Julai ini.

“Pemain kami baru berusia 17-19 tahun, jadi sukar untuk mengelak masalah psikologi apabila melihat kehadiran peminat Indonesia. Saya hanya menasihati para pemain bermain perlawanan yang baik,” jawab jurulatih Vietnam U19 selepas disoal mengenai kemungkinan peminat Indonesia akan datang menonton perlawanan separuh akhir nanti.

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila pasukan Vietnam dan Thailand dilihat seperti berpakat untuk mencapai keputusan seri bagi membolehkan kedua-dua pasukan layak ke separuh akhir dan dalam masa yang sama memaksa Indonesia tersingkir seawal peringkat kumpulan.

Advertisements

Menjelang aksi separuh akhir menentang Malaysia esok, jurulatih Vietnam akui para pemainnya sudah bersedia menghadapi apa saja kemungkinan yang berlaku dalam aksi esok sambil menegaskan pasukan Malaysia merupakan pasukan yang baik dari pelbagai aspek.

“Kami sudah bersedia dari segi mental dan profesional, pemain sudah bersedia untuk perlawanan esok,” kata The Nam dengan penuh yakin.

“Semangat dan permainan pemain Malaysia sangat bagus. Malaysia bermain secara teknikal. Mereka bermain dari bawah, mengawal bola di tengah padang dan menyerang dengan pantas. Saya hormati semua lawan. Kekuatan pasukan separuh akhir adalah sama.” jelasnya lagi kepada zingnews dalam sidang media pra perlawanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram