Jurulatih Beri Khabar Positif Tentang Azizulhasni Awang
UltraSukan
Heavy.ride
Advertisements

Perkembangan positif mengenai isu kesihatan yang dialami jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang akhirnya diketahui para peminat.

Perkara ini dikongsikan oleh ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley yang mengatakan bahawa jantung Azizul mempunyai sedikit masalah yang peru ditangani oleh pakar.

“Apa yang berlaku di sini ialah jantung (Azizulhasni) bergelut untuk berfungsi dengan baik disebabkan terlampau banyak cairan sekitarnya. Cairan tersebut perlu dialihkan dan pasukan pakar kita menangani isu berkenaan”, katanya kepada Astro Arena.

Advertisements

Azizul yang dikenali sebagai The Pocoet Rocket Man turut mengambil langkah proaktif dengan keadaan tubuh badan beliau apabila mula mengubah rutin latihannya sendiri.

“Langkah seterusnya, beliau tahu keadaan badannya. Beliau boleh melakukan apa yang beliau boleh lakukan dengan selamat dan rasa boleh dilakukan. Beliau mengubah rejim latihannya sendiri”, tambah Beasley.

Jurulatih kelahiran Australia itu turut memuji pemenang pingat Perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang cukup tinggi sehingga kini keadaan beliau sudah semakin menunjukkan perkembangan positif.

Advertisements

“Beliau seorang atlet yang bermotivasi tinggi dan beliau mahu melakukan lebih daripada itu. Tapi kita juga mengambil pendekatan berhati-hati tapi beliau amat bagus menguruskannya”,

“Tenaganya juga semakin bagus, ia tidak memberi kesan apa-apa sekaligus ini menunjukkan beliau semakin sihat. Jadi, kita mendapati kesihatannya dalam keadaan baik”,

Azizulhasni mengalami masalah keradangan jantung ketika menyertai Piala Negara-Negara UCI yang menyaksikan beliau terpaksa menarik diri ketika aksi penentuan tempat ketiga dalam acara pecut.

Advertisements

Sebelum itu, beliau berjaya menggondol gelaran juara bagi acara keirin dalam kejohanan yang berlangsung di Adelaide, Australia itu setelah mengatasi cabaran pelumba Jepun, Shinya Nakano dan Kaiya Ota.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram