Ads
Asia
Ken Asakura

Pasukan bola sepak kebangsaan China menamatkan dua aksi persahabatan tanpa sebarang kemenangan selepas ditewaskan Syria 0-1 dalam aksi di Stadium Phoenix Mountain semalam.

Advertisements

Gol tunggal Syria telah dijaringkan oleh Thaer Krouma pada minit ke-52 perlawanan sekali gus menghampakan ribuan penyokong China yang hadir ke stadium.

Advertisements

Ketika sesi temubual bersama media selepas tamat perlawanan, pengendali China, Aleksandar Jankovic nyata kecewa dengan apa yang berlaku kepada pasukannya. Jankovic jelas sekali mahu anak-anak buahnya bangkit selepas seri 1-1 dengan Malaysia tempoh hari.

Advertisements

Advertisements

“Ia adalah keputusan yang mengecewakan bagi kami. Kami meminta pemain untuk bangkit semula selepas seri menentang Malaysia, tetapi malangnya kami tidak dapat memenangi perlawanan itu (menentang Syria),” kata ketua jurulatih China, Aleksandar Jankovic.

Namun begitu, Jankovic tidak mahu menyalahkan barisan pemainnya di atas kekalahan tersebut. Yang lebih penting buat Jankovic adalah para pemainnnya belajar sesuatu dalam dua perlawanan persahabatan yang telah diharungi.

Advertisements

“Mudah bagi saya jika berkata bahawa pemain kami tidak cukup bagus, tetapi saya tidak suka untuk bekata sedemikian. Setiap perlawanan adalah berbeza, kami masih boleh belajar daripada kekalahan.” kata Jankovic.

Advertisements

China dijadualkan akan beraksi dalam dua lagi perlawanan persahabatan menentang Vietnam dan Uzbekistan pada Oktober nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram