Jurulatih Ghana Sedih, Turut Mendoakan Kesembuhan Buat Hashim Mustapha
Dunia
Advertisements

Keadaan kesihatan bekas penyerang terbilang tanah air, Hashim Mustapha yang dilaporkan semakin kritikal turut mendapat perhatian penolong jurulatih skuad Piala Dunia Ghana, George Boateng.

Hashim Mustapha yang selamat menjalani pembedahan memotong kaki kirinya pada bulan lalu, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) beberapa hari lalu berikutan keadaan jantungnya yang lemah dan semakin merosot, sehingga terpaksa ditidurkan.

“Ianya sangat menyedihkan untuk melihat keadaannya seperti ini, saya mempunyai gambar bersamanya ketika sesi latihan, dan itu adalah cara saya akan mengingatinya.

Advertisements

“Tolong sampaikan doa dan sokongan saya kepada Hashim Mustapha dan keluarganya, jika dia boleh mendengar, beritahunya bahawa Coach Boateng berterima kasih di atas segala memori yang dicipta bersama,” ujar Boateng sepertimana dikongsikan oleh bekas pegawai media Kelantan, Md Zuki Deraman.

Sebagai rekod, Kelantan merupakan tempat di mana Boateng memulakan karier kejurulatihannya pada 2014 apabila dia dilantik menggantikan Steve Darby yang dipecat.

Hashim Mustapha dan Zahasmi Ismail merupakan penolongnya ketika itu dengan masing-masing bergandingan membantu Kelantan menduduki tangga keenam Liga Super, mara ke separuh akhir Piala FA dan suku akhir Piala Malaysia.

Advertisements

Boateng kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Teknikal Kelantan FA, sebelum dia melepaskan jawatannya pada pertengahan Mei bagi kembali meneruskan karier dalam bidang kejurulatihan.

Bekas pemain kebangsaan Belanda itu yang pernah menyarung jersi beberapa kelab Liga Perdana Inggeris seperti Aston Villa dan Middlesbrough, serta T-Team di Liga Malaysia pada penghujung kariernya telah bersama skuad kebangsaan Ghana sejak bulan Mei lalu sebagai penolong kepada Otto Addo.

Ketika ini, Ghana masih ‘bernyawa’ untuk memburu tempat ke pusingan kedua Piala Dunia susulan kemenangan 3-2 yang dilakar ke atas Korea Selatan pada Isnin.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram