Jurulatih Hong Kong Anggap Malaysia ‘Lain Macam’ Kerana Pemain Naturalisasi
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Hong Kong, Jorn Andersen memuji impak pemain naturalisasi Harimau Malaya yang menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan ketika ini.

Umum mengetahui bahawa kelab-kelab di Malaysia telah pun dibenarkan untuk mendaftarkan pemain yang sudah pun cukup tempoh beraksi di Malaysia selama 5 tahun.

Perkara ini jelas memberi kelebihan kepada pasukan bimbingan Kim Pan-gon untuk memberi nilai tambah bagi memperkuatkan pasukan.

Advertisements

Menurut penjelasan jurulatih kelahiran Norway itu, kehadiran pemain naturalisasi buat Harimau Malaya telah menjadikan jentera serangan pasukan menjadi lebih garang.

Beliau juga mengakui sedang mengusahakan perkara yang sama untuk memantapkan pasukan kebangsaan Hong Kong.

Advertisements

“Ya, kita juga bekerja keras seperti Malaysia dalam mendapatkan pemain asing yang sudah menerima pasport bagi meningkatkan kualiti dalam pasukan. Lebih separuh daripada pemain pasukan Malaysia juga merupakan pemain asing yang mendapat pasport dan berintegrasi dengan pasukan.”

“Ini satu benda penting meningkatkan kualiti dalam pasukan. Saya masih ingat Korea Utara bermain menentang Malaysia pada 2017, kita dapat menewaskan mereka dengan mudah sebanyak dua kali (kemenangan 4-1 untuk kedua-dua perlawanan).”

Advertisements

Andersen juga melihat Harimau Malaya kini merupakan lawan yang semakin sukar untuk ditewaskan.

“Tetapi bila saya lihat perlawanan terakhir mereka, mereka menaikkan kualiti pasukan ke tahap yang tinggi. Saya suka cara permainan mereka, pantas dan banyak menyerang” jelasnya oleh Astro Arena.

Advertisements

Malaysia dijadualkan bertemu Hong Kong esok di Stadium Sultan Ibrahim dalam misi membalas dendam setelah tewas 2-0 dalam satu pertemuan tahun lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram