Ads
Harimau Malaya
Azri / MakanBola

Kekalahan Malaysia di pentas akhir Pestabola Merdeka di tangan Tajikistan baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak mengenai pemain-pemain yang dipanggil ke skuad kebangsaan.

Advertisements

Kesilapan mudah juga menjadi bahan bualan peminat bola sepak tanah air. Menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 bulan hadapan dan kejohanan utama Piala Asia tahun hadapan, sesuatu perlu dirombak terutamanya senarai pemain yang akan menyarung jersi Harimau Malaya.

Advertisements

Jurulatih akar umbi, Shazwan Wong telah mencadangkan tiga pemain yang wajar diberikan perhatian pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon. Dalam satu ciapan di laman X, Shazwan mencadangkan tiga nama pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Hong Wan, Feroz Baharudin dan Afiq Fazail.

Advertisements

Advertisements

Antara tiga nama yang dicadangkan itu, hanya Hong Wan yang masih belum mendapatkan penampilan antarabangsa bersama Malaysia. Feroz dan Afiq pernah dipanggil oleh Kim Pan-gon namun agak jarang melihat kelibat kedua-dua mereka menyarung jersi negara.

Statistik bagi ketiga-tiga pemain ini untuk musim 2023 juga tidak kurang hebatnya. Hong Wan telah diturunkan dalam 29 perlawanan untuk JDT musim ini dengan mengumpul 2331 minit permainan dan 1 gol berjaya dihasilkan.

Advertisements

Feroz pula mengalami peningkatan mendadak selepas kehadiran jurulatih baharu JDT, Esteban Solari. Pemain berusia 23 tahun itu telah diturunkan dalam 25 perlawanan untuk JDT musim ini dengan minit permainan terkumpul adalah 2071 minit. Beliau berjaya meledak 2 gol dan menghasilkan 1 bantuan gol.

Musim ini tidaklah begitu produktif buat pemain tengah JDT, Afiq Fazail. Bagi musim 2023, Afiq telah diturunkan sebanyak 20 perlawanan buat JDT dalam saingan domestik dengan 2 bantuan gol berjaya dihasilkan.

Segalanya sudah pasti akan dinilai sendiri oleh pasukan kejurulatihan Malaysia sebelum seseorang pemain itu dipanggil.

Advertisements

Malaysia akan beraksi di Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan pada 16 November ini di tempat sendiri sebelum bertemu Taiwan pada 21 November di gelanggang lawan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram