Jurulatih Jablonec Puas Hati Dengan Kualiti Dion Cools
Dunia
FK Jablonec
Advertisements

Jurulatih Jablonec, David Horejš berpuas hati dengan aksi bertenaga dipamerkan Dion Cools dan beliau percaya pemain kacukan Malaysia-Belgium itu akan membiasakan dirinya dengan cepat bersama kelab.

Dalam aksi pusingan ke-2 Piala Czech semalam, Jablonec berjaya menewaskan Motorlet 0-4 dengan jaringan pertama dihasilkan oleh Dion Cools pada minit ke-17.

Aksi menentang Motorlet juga merupakan debut buat pertahanan berusia 26 tahun ini bersama Jablonec namun ia bukan penghalang buat Cools mempamerkan aksi bertenaga.

Advertisements

“Kami menjalan tugas kami dan mara (pusingan ke-3). Kecuali sepuluh minit pertama, apabila ia tidak baik. Kemudian kami mengawal permainan dan menjaringkan gol pertama tepat pada masanya.

“Secara keseluruhan kami menjaringkan empat gol dan mempunyai beberapa peluang lain. Saya juga berpuas hati dengan sikap pemain,” kata jurulatih Jablonec selepas tamat perlawanan.

Beliau turut berpuas hati dengan aksi rekrut terbarunya Dion Cools dan mahu pemain tersebut kekal lebih lama bersama Jablonec.

Advertisements

“Dia (Dion Cools) seorang pemain yang akan membawa kualiti kepada pasukan kami. Dia telah bersama kami untuk satu sesi latihan setakat ini dan dia telah buktikan bahawa dia mempunyai kualiti.

“Saya percaya semakin lama dia bersama kami, dia akan lebih biasa bersama kami seterusnya membantu kelab,” tambah David Horejš.

Jablonec bakal bertemu Slovacko di tempat lawan untuk perlawanan minggu ke-9 Liga Czech 18 September ini dan Dion Cools dijangka akan diturunkan untuk aksi pertamanya dalam kancah liga tertinggi Republik Czech.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram