Jaringan Debut Dion Cools Bantu Jablonec Belasah Motorlet
Dunia
FK Jablonec
Advertisements

Jaringan awal Dion Cools dalam debutnya bersama FK Jablonec bantu pasukannya tewaskan Motorlet 0-4 dalam satu aksi Piala Czech pusingan ke-2 di Stadium SK Motorlet.

Cools yang disenaraikan dalam kesebelasan utama hanya selepas 3 hari diumumkan sebagai pemain baru Jablonec membuka jaringan buat pasukannya pada minit ke-17 selepas satu gerakan cantik David Houska dari tengah.

Sebelum masa pertama tamat, Jakub Martinec menambah duka Motorlet menerusi satu jaringan menjadikan kedudukan 0-2 memihak pasukan pelawat.

Advertisements

Bersambung babak ke-2 Jablonec memperoleh jaringan ke-3 hasil jaringan Jan Chramosta sekaligus memberikan tekanan buat tuan rumah.

Jan Chramosta sekali lagi menjadi duri dalam daging Motorlet yang sebelum ini berjaya mara ke pusingan ke-2 selepas berjaya menundukkan Ujezd 3-2 di pusingan pertama dengan jaringa ke-2 nya menerusi sepakan penalti menjadikan kedudukan 0-4 memihak pasukan pelawat.

Perlawanan berakhir dengan Jablonec menang bergaya 0-4 mengatasi Motorlet di tempat lawan sekaligus mara ke pusingan ke-3 Piala Czech.

Advertisements

Dalam perlawanan ini juga Dion Cools beraksi penuh 90 minit sekaligus memperoleh minit permainan berharga buatnya sebagai persediaan sebelum ke Thailand membantu skuad kebangsaan di King’s Cup 2022 akhir bulan ini.

Jablonec bakal bertemu Slovacko di tempat lawan untuk perlawanan minggu ke-9 Liga Czech 18 September ini dan Dion Cools dijangka akan diturunkan untuk aksi pertamanya dalam kancah liga tertinggi Republik Czech.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram