Jurulatih Laos Mahu Penyokong Indonesia Jadi Macam Penyokong Vietnam
Dunia
PSSI
Advertisements

Jurulatih Laos Bawah 19 tahun, Michael Weiss baru-baru ini melontrakan sindiran kepada para penyokong Indonesia. Penyokong Indonesia dikatakan hanya mahu menyokong skuad Garuda sahaja dan bukan pasukan lain.

Dalam masa yang sama, Michael Weiss juga membandingkan keupayaan para penyokong Indonesia dengan penyokong Vietnam. Dalam temasya Sukan Sea yang lalu, penyokong Vietnam mampu memenuhi stadium tetapi penyokong Indonesia hanya ramai di media sosial.

“Penyokong Indonesia selalu ramai di media sosial, seharusnya mereka perlu turun ke stadium. Di temasya Sukan Sea lepas, penyokong Vietnam mampu memenuhi stadium yang berkapasiti 30 ribu penonton. Jadi sekarang di mana penyokong Indonesia?” kata Michael Weiss.

Advertisements

Micheal Weiss mahukan sokongan daripada para penyokong Indonesia. Walaupun pasukan Indonesia gagal layak ke separuh akhir, tetapi beliau yakin para penyokong Indonesia akan turun ke stadium menjelang aksi final malam ini bertemu Malaysia.

“Kami sekarang sudah berada di final. Ayuh bersikap adil dan tunjukkan sesuatu. Saya yakin mereka (penyokong Indonesia) akan menyokong pasukan-pasukan yang berada di pentas akhir bukan hanya Laos U-19 sahaja (malah buat Malaysia juga).

“Kami memerlukan sokongan dari penyokong tuan rumah. Tidak ada penyokong Indonesia di sini, mereka hanya menyokong pasukan mereka sahaja bertanding,” luah Weiss lagi seperti dilaporkan Bola.

Advertisements

Perlawanan akhir Piala AFF U19 malam ini akan menemukan Laos yang akan menentang Malaysia. Perlawanan dijadualkan berlangsung jam 9 malam ini dan dilangsungkan di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram