Jurulatih Norway Anggap Erling Haaland Tak Patut Menang Ballon d’Or

messi haaland Jurulatih Norway Anggap Erling Haaland Tak Patut Menang Ballon d'Or
REUTERS & Jon Super
Hakim Johari @HakimJohari4
7:50pm 11/09/2023

Jurulatih Norway, Stale Solbakken memberi pendapat yang mengejutkan apabila beliau menganggap Erling Haaland tidak patut memenangi anugerah Ballon d’Or tahun ini.

Erling Haaland mengharungi musim cemerlang pada musim lalu apabila muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan 36 gol.

Haaland turut merangkul 3 kejuaraan bersama Manchester City iaitu kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah.

Malah Haaland berjaya menyumbang 12 gol untuk saingan Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Namun, ketua jurulatih Norway mempunyai pendapat yang berbeza apabila memilih Lionel Messi berbanding penyerang sensasi Norway itu.

“Jika kamu tanya saya siapa yang bakal menang, saya akan pilih Messi. Impak beliau dalam Piala Dunia 2022 amat hebat.” ujar Stale Solbakken.

Lionel Messi, muncul pemain kedua yang dikaitkan dengan anugerah Ballon d’Or selepas Haaland setelah Messi berjaya membantu Argentina memenangi Piala Dunia di Qatar tahun lalu.

Namun Haaland turut yakin beliau dapat memberi persaingan dalam Ballon d’Or ini.

“Saya tahu saya masih muda namun saya percaya saya mempunyai peluang tahun ini.” ujar Haaland menurut Sport Bible.