Jurulatih Pau Akui Quang Hai Bukan Messi
Dunia
La République des Pyrénées
Advertisements

Pengendali Pau FC, Didier Tholot merasakan sesuatu yang pelik apabila ada yang menyamakan Nguyen Quang Hai seperti bintang bola sepak dunia, Lionel Messi.

Malah pada pendapat Tholot, gaya permainan Quang Hai lebih sama dengan bekas pemain kebangsaan Perancis, Mathieu Valbuena.

“Saya tahu Quang Hai adalah bintang di Vietnam. Saya telah dimaklumkan mengenai perkara ini sejak dia datang ke sini. Saya juga ingin bertanya khabar kepada peminat Vietnam,” kata jurulatih Didier Tholot.

Advertisements

“Orang ramai mengatakan bahawa Quang Hai ialah Lionel Messi dari Vietnam, tetapi saya tidak fikir begitu. Quang Hai bukan seperti Messi, saya melihat dia lebih seperti Mathieu Valbuena (bekas pemain Perancis). Gaya permainan mereka mempunyai banyak persamaan termasuklah pantas dalam pergerakan bola, keupayaan kreativiti dan gaya permainan yang menarik,” tambahnya lagi.

Quang Hai menandatangani kontrak selama dua tahun bersama kelab yang beraksi di divisyen dua Perancis itu. Tholot juga dalam masa yang sama melihat Quang Hai sebagai salah seorang pemain terbaik dunia dan percaya kehadiran pemain bintang Vietnam itu dapat membantu Pau pergi lebih jauh.

“Saya perlukan pemain yang mahu merebut peluang dan Quang Hai adalah antara pemain terbaik dunia. Saya rasa dia boleh membantu pasukan menjadi bertambah baik.

Advertisements

“Saya sangat gembira Quang Hai memilih Pau. Kami telah menyaksikan perlawanannya di Vietnam. Kakitangan kejurulatihan akan membantu Hai berinteraksi dengan pasukan termasuklah dari segi permainan dan juga dalam bahasa Perancis” tambah Tholot seperti dilaporkan ZN.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram