Jurulatih Pau Minta Quang Hai Sabar & Terima Hakikat
Dunia
pau fc
Advertisements

Jurulatih pasukan Pau, Didier Tholot berpendapat bahawa Quang Hai perlu diberikan ruang dan masa untuk menyesuaikan diri di tempat baharu.

Jurulatih tersebut menegaskan bahawa jangan terlalu awal meletakkan harapan yang tinggi kepada bintang Vietnam ini kerana ia merupakan tahun pertamanya beraksi di pentas Eropah.

“Adalah tidak realistik untuk mengharapkan Quang Hai mempamerkan prestasi hebat dan mencapai kecemerlangan pada tahun pertamanya di Pau FC.

Advertisements

Dalam pada itu, jurulatih kelahiran Perancis itu menyatakan bahawa Quang Hai perlu lebih bersabar dan tidak terburu-buru untuk pamer prestasi terbaiknya.

“Dia baru sahaja menyertai kelab itu dan perlu belajar banyak perkara baharu. Quang Hai juga memerlukan masa untuk menyesuaikan diri memandangkan dia berada di sini. 

“Saya fikir dia harus bersabar dan tidak terlalu risau tentang berapa banyak perlawanan yang akan dia hadapi,” kata Didier Tholot di petik daripada VNExpress.

Advertisements

Quang Hai merupakan pemain pertama Vietnam yang berjaya menembusi Liga Professional Eropah di bumi Perancis.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram