Ketua jurulatih Ratchaburi FC, Xavi Moro mengakui pasukannya kini tidak berada dalam prestasi yang baik namun yakin mereka bakal tampil lebih meyakinkan menjelang aksi menentang Leo Chiang Mai FC esok.
Pasukan yang diwakili oleh kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid ini masih hanya mencatatkan dua kemenangan daripada 8 aksi terakhir.
Perkara ini sudah tentu mendapat perhatian ketua jurulatihnya yang mahu anak buahnya segera melupakan episod hitam dan berusaha meraih 3 mata.
“Sebelum ini, prestasi pasukan tidaklah begitu baik. Tetapi semua orang percaya untuk bekerjasama dan kami berharap akan dapat meneruskan prestasi yang baik dan termasuklah pemain dalam pasukan akan mendapat rentak kembali.”
“Kami harap dapat memperoleh keputusan yang baik pada perlawanan seterusnya.” jelas Moro kepada SNE Sports.
Beliau juga mengakui bahawa rekod beraksi di tempat lawan pada musim ini tidak begitu baik namun mengingatkan para pemain agar dapat mengawal emosi selepas ini.
” Pemain ada yang mendapat kad merah dan memberi kesan kepada pasukan untuk mendapat keputusan yang baik tetapi kita yakin untuk memperoleh keputusan yang positif.”
Ketika ini, Ratchaburi berada pada kedudukan ke-4 Liga 1 Thailand dengan 34 mata selepas 22 perlawanan.
The Dragons juga terikat dengan Leo Chingrai United sambil dipisahkan hanya dua mata dengan pasukan tangga ke-7 liga, Muangthong United.
Kemenangan ini sudah tentu menjadi suntikan moral terbaik bagi melayakkan mereka merebut kedudukan terbaik dalam liga musim ini.