Jurulatih Shan United, Hiroko Ono menganggap Terengganu pasukan yang memiliki pemain berkualiti menjelang aksi ke-3 kumpulan A Shopee Cup pada Rabu.
Shan United ketika ini menghuni tangga tercorot kumpulan A setelah tewas dalam kedua-dua aksi pertama kepada Thanh Hoa serta PSM Makassar sekaligus gagal mengutip sebarang mata.
Manakala, Terengganu pula hanya sekadar mencatatkan satu keputusan seri dan satu kekalahan dalam 2 perlawanan awal untuk berada di kedudukan kelima dengan mengumpul satu mata.
Menurut Hiroki Ono, pertemuan menentang Terengganu dilihat penting bagi pasukan kendaliannya setelah gagal memulakan aksi peringkat kumpulan dengan baik sebelum ini.
”Perlawanan esok (hari ini) amat penting bagi kami kerana kami tidak mendapat keputusan yang baik dalam dua aksi sebelumnya,” kata Ono ketika sesi sidang media.
Tambah Ono, beliau melihat pasukan lawan iaitu Terengganu adalah sebuah pasukan yang dibarisi pemain berkualiti dan sudah bersedia memperbaiki kelemahan anak-anak buahnya.
“Terengganu adalah pasukan yang mempunyai pemain-pemain berkualiti. Mereka memiliki pemain asing yang baik tetapi kami telah memperbaiki segala kelemahan pasukan.”
Aksi Shan United vs Terengganu bakal berlangsung pada 8 Januari ini dengan sepak mula perlawanan dijadualkan tepat jam 7.30 malam di Stadium Thuwunna, Yangon.