Jurulatih Vietnam Pantau Dua Pemain Sabah
Dunia
Sabah FC
Advertisements

Dua watak penting pasukan Sabah FC kini berada dalam pantauan rapi Hai Phong tatkala kedua-dua pasukan bakal bertemu dalam aksi Piala AFC.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas itu bakal menjadi detik terbaik buat anak buah Dato’ Ong Kim Swee kembali bangkit selepas dikecewakan lawan tempoh hari.

Aksi ini amat penting buat The Rhinos dalam menyalakan harapan mara ke pusingan kalah mati.

Advertisements

Menerusi satu temubual bersama ketua jurulatih Hai Phong, Dinh Nghiem Chu, beliau mengakui bahawa pasukannya menghadapi kekangan yang agak besar sebelum terbang ke Sabah.

“Kita baru saja mengharungi perlawanan dengan Binh Duong FC dalam liga kebangsaan kami. Kita terbang dari Saigon ke Sabah dan perjalanan itu amat panjang. Kita mahu mendapatkan keputusan yang baik esok tetapi sesetengah pemain mengalami kecederaan. Jadi, perlawanan esok bukan mudah buat kami.”

“Sebelum perlawanan, kita telah kehilangan penjaga gol dan pemain sayap. Sementara bek tengah kami pula digantung untuk perlawanan ini. Kita akan mencari solusi terbaik dengan meletakkan pemain lain di posisi berkenaan.

Advertisements

Beliau juga sudah membuat penelitian terhadap kekuatan jentera Sabah dan merasakan bahawa Saddil Ramdani dan Darren Lok merupakan individu penting buat pasukan tuan rumah.

“Jangkaan kami pada hari esok ialah mendapatkan satu mata. Saya boleh katakan Sabah memiliki ramai pemain bagus terutama pemain nombor 67 (Saddil Ramdani) dan dan pemain nombor 28 (Darren Lok).

Sabah kini berada di tangga kedua carta Kumpulan H dengan 6 mata selepas 3 perlawanan dan terikat bersama Hai Phong.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram