Jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Vietnam, Philippe Troussier jelas mempunyai sebab tersendiri memilih untuk menentang China berbanding Thailand dan Indonesia dalam aksi persahabatan antarabangsa FIFA.
Troussier akui perlawanan menentang China, Thailand dan Vietnam pasti akan menarik minat penyokong untuk menonton perlawanan itu namun Troussier memilih China kerana ranking pasukan itu berada di atas Vietnam.
“Saya tahu perlawanan menentang China, Thailand atau Indonesia sangat menarik minat peminat kerana sejarah perlawanan di antara kedua-dua pasukan.
“Namun ketika ini, pasukan kebangsaan China berada di ranking lebih tinggi daripada pasukan kebangsaan Vietnam dalam ranking FIFA. Yang lebih penting bagi saya adalah apa yang akan terjadi di atas padang.
“Sudah tentu saya tidak menjangkakan satu perlawanan mudah. Pada masa sama, saya juga mahu bereksperimen dan memberikan peluang kepada pemain-pemain yang baharu dipanggil.” jelas Troussier seperti dilaporkan Congluan.
Vietnam dijadualkan berdepan dengan tiga pasukan yang secara rankingnya berada di atas mereka iaitu China pada 10 Oktober, Uzbekistan pada 13 Oktober sebelum berdepan Korea Selatan di gelanggang lawan pada 17 Oktober.