Juventus ‘Gelak Besar’ Dapat Pogba Secara Percuma Sekali Lagi
Dunia
Advertisements

Pemain bintang Perancis, Paul Pogba semakin hampir menyertai bekas pasukannya, Juventus selepas pemain tersebut menyatakan persetujuan untuk kembali menyarung jersi Juventus musim hadapan.

Menerusi satu muat naik di laman Facebook Fabrizio Romano, satu perbincangan telah diadakan di Milano semalam dengan kini hanya menunggu kehadiran Paul Pogba untuk menandatangani kontrak bersama Juventus.

Paul Pogba akan terbang ke Itali pada awal Julai ini untuk menjalani ujian perubatan serta menandatangani semua kertas kerja.

Advertisements

Pogba hanya mahu berpindah ke Juventus walaupun Manchester City cuba memujuknya termasuk pengendali mereka, Pep Guardiola yang menghubungi terus Pogba dalam usaha Manchester City memantapkan pasukan musim hadapan. Namun hati Pogba sudah pun berada di Juventus.

Untuk rekod, Pogba merupakan antara pemain yang tidak disambung kontrak oleh Manchester United dan perpindahan ke Juventus ini merupakan perpindahan percuma.

Juventus pasti akan tersenyum lebar melihat perkara ini apabila ini merupakan kali kedua mereka mendapatkan Pogba secara percuma dari Manchester United. Pada tahun 2012, Pogba berhijrah ke Juventus dari Manchester United secara percuma.

Advertisements

Selepas empat tahun beraksi beraksi di Juventus, Manchester United membeli Pogba dengan harga 100 juta euro. Dan kini selepas enam tahun menabur bakti di Manchester United, beliau berhijrah sekali lagi ke Juventus secara percuma.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram