Negeri Sembilan FC bakal mengucapkan selamat tinggal kepada K. Devan kerana ini musim terakhir beliau bersama pasukan itu.
Ini selepas wartawan MakanBola, Syafiq Freman mendedahkan kontrak bekas pengendali Selangor FC itu dengan skuad Rusa sudah tamat.
Selain itu, pengurusan pasukan juga difahamkan tidak mengadakan perbincangan berkenaan soal melanjutkan kontrak beliau.
Sekiranya khabar ini benar, Negeri Sembilan perlu melantik seorang pemangku jurulatih bagi membantu mengharungi baki dua perlawanan Liga Super musim 2023.
Devan sebelum ini dikhabarkan bakal angkat kaki ke utara tanah air untuk melatih skuad Penang FC selepas kontraknya bersama skuad Hoben Jang Hoben tamat.
Susulan itu, Negeri Sembilan berhasrat membawa masuk penyerang legenda negara, Datuk Zainal Abidin Hassan sebagai pengganti beliau untuk musim hadapan.
Skuad Rusa bakal berdepan Kelantan United FC esok sebelum menamatkan kempen dengan Kuching City FC pada 17 Disember ini.