K. Devan: Penyokong Perlu Sedar Kualiti Negeri Sembilan
Piala Malaysia
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan berharap penyokong sedar dengan tahap kualiti yang dimiliki pasukan itu ketika ini.

Dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik Piala Malaysia membabitkan skuad Rusa dan Kelantan United FC, wujud suara-suara yang tidak puas hati terutama bila tuan rumah ketinggalan 1-0 menerusi gol OJ Porteria.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan kembali bangkit dengan menyumbat empat gol sebelum Indra Putra Mahyuddin menambah gol kedua Kijang Hijau bagi menjadikan keputusan 4-2.

Advertisements

Devan mengakui sekiranya pemain-pemainnya beraksi buruk pada Ahad lepas, normal bagi mereka meluahkan rasa tidak puas hati atas yang berlaku.

Namun begitu, pada masa sama, beliau juga mengingatkan penyokong inilah kualiti yang dimiliki skuad Rusa dengan mengambil kira pelbagai masalah dalaman yang membelenggu pasukan ketika ini.

“Saya tengok bila kita terima gol, penyokong meluahkan perasaan tak puas hati. Tapi lihatlah kualiti kita, diorang kena fahamlah. Budak kalau tak main sungguh-sungguh, bolehlah kita (terima).

Advertisements

“Tapi kita ada banyak masalah dalam team (pasukan), saya tak boleh cakap. Sini saya tak boleh cakap. Tapi orang yang takde pengetahuan dalam team (pasukan), so (jadi) diorang tak tau. So (jadi), diorang lempar komen-komen yang saya rasa tak padan dengan apa yang pemain-pemain tunjukkan.

“Kita memang ada masalah tetapi pemain tak pernah bagi masalah kepada pasukan,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan seperti dilaporkan Nadi Arena semalam.

Biarpun berjaya mara ke suku akhir Piala Malaysia, skuad Hoben Jang Hoben masih belum merasai kemenangan dalam liga sejak pertengahan Mei lalu.

Advertisements

Justeru, kemenangan yang dicatat ke atas Kelantan United dalam Piala Malaysia diharap dapat membantu mereka mengalahkan Sabah FC dalam aksi Liga Super seterusnya pada 26 Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram