K. Devan Perjelas Falsafah Negeri Sembilan Musim 2023
Liga Super
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Setiap pasukan bola sepak mempunyai falsafah bola sepak tersendiri. Bagi K. Devan, falsafah bola sepaknya mudah iaitu keseimbangan antara menyerang dan bertahan – sesuatu yang mahu dilihat dalam pasukan Negeri Sembilan musim ini.

Musim ini menyaksikan skuad Hoben Jang Hoben hanya merekodkan dua keputusan seri dan kekalahan besar 7-0 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT). Sementara satu lagi perlawanan membabitkan mereka dan KL City pada minggu lepas terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat dan padang digenangi air.

Di sebalik semua itu, Devan masih percaya falsafah bola sepaknya mampu membantu Negeri Sembilan merekodkan kemenangan pertama mereka tidak lama lagi. Dan itu diharap dapat dicapai dengan kemenangan ke atas Terengganu esok.

Advertisements

“Saya nak pasukan saya beraksi secara seimbang semasa menyerang dan bertahan. Kita bermain di gelanggang sendiri, kita masih perlu menjaringkan gol tetapi kita juga perlu bertahan dengan baik jika hendak mencapai kemenangan.

“Kita akan fokus kepada menyerang kerana kita bermain di tempat sendiri dan kita juga perlu mengutip mata,” katanya dalam temubual bersama Astro Arena.

Biarpun begitu, Devan sedar skuad Penyu hadir dengan keyakinan selepas meraih kemenangan pertama mereka beberapa hari lepas. Pastinya anak-anak buah Tomislav Steinbruckner mahu kecemerlangan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu diteruskan di gelanggang lawan.

Advertisements

Walaupun sukar, Negeri Sembilan mempunyai kelebihan kerana mempunyai lebih banyak masa untuk berehat dan mempersiapkan pasukan. Dan Devan percaya ini amat membantu dari kecergasan bila mereka turun di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi esok.

“Saya rasa kita ada banyak masa untuk mempersiapkan pasukan bertemu dengan Terengganu. Dan juga mungkin keletihan di mana kita berkemungkinan besar bermain tiga, empat perlawanan dalam tempoh masa yang singkat.

“Jadi, sekarang ini, kita ada masa untuk menyiapkan pasukan dan memberi ruang lebih lama kepada pemain kembali cergas seperti biasa. Bagi saya, ini satu kelebihan kepada pasukan saya,” tambahnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram