K. Devan Sah Tinggalkan Negeri Sembilan
Liga Super
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Negeri Sembilan mengumumkan perpisahan bersama ketua jurulatih, K. Devan menjelang saingan Liga Malaysia 2024/2025.

Menerusi satu hantaran di laman X, Negeri Sembilan FC mengucapkan terima kasih kepada K. Devan atas segala khidmat bakti beliau bersama Sang Rusa.

“Terima kasih kami ucapkan kepada Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC bagi musim 2023, K.Devan. Beliau tidak akan bersama pasukan untuk musim 2024/2025”, tulis Negeri Sembilan di kapsyen.

Advertisements

K. Devan merupakan jurulatih yang sangat berpengalaman di Liga Super, telah membimbing beberapa pasukan sebelum ini seperti Selangor, Kelantan dan PJ City.

Jurulatih berusia 63 tahun ini juga pernah melatih Negeri Sembilan sebelum ini iaitu pada tahun 2015 dan pada 2021 sehingga kini.

Beliau berjaya membawa Negeri Sembilan menjuarai Liga Perdana pada musim 2021 sekaligus meraih tiket automatik ke Liga Super 2022, yang mana pada musim tersebut skuad Jang cemerlang menamatkan saingan liga di tempat keempat.

Advertisements

Meskipun prestasi anak-anak buahnya sedikit merosot pada saingan musim lalu, namun itu tidak sedikit pun mencalarkan kredibiliti beliau sebagai salah seorang jurulatih yang

Sehingga kini, tiada lagi kata putus mengenai hala tuju K. Devan pada musim hadapan dan persoalan mengenai jawatan jurulatih Negeri Sembilan masih kekal misteri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram