K. Devan Sasar Negeri Sembilan Tamatkan Saingan Di Tangga Pertengahan Liga Super
Liga Super
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan mengakui masih mensasarkan kedudukan pertengahan Liga Super biarpun pasukan itu dibelasah 4-0 oleh Selangor dalam perlawanan Liga Super semalam.

Kali terakhir skuad Rusa merasai kemenangan ialah pada 18 Mei lalu semasa menentang PDRM FC. Sejak itu, Negeri Sembilan FC merekodkan lima seri dan tiga kekalahan dalam Liga Super termasuk kekalahan semalam.

Selain berdepan kemarau kemenangan, dua pemain import baru Hoben Jang Hoben iaitu Youssef Ezzejiari dan Hein Htet Aung memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan.

Advertisements

Justeru, Devan percaya apabila aspek ini dapat diatasi, sasaran kedudukan keenam hingga kesembilan Liga Super pada akhir musim ini mampu dicapai.

“Kami masih mampu menduduki tangga keenam hingga kesembilan. Saya anggap ia pencapaian yang bagus memandangkan bilangan pemain import yang kami ada. Pemain import ini boleh menambah kualiti kepada pasukan.

“Tapi Youssef (Ezzejiari) belum dapat menyesuaikan diri dengan pasukan berdasarkan perlawanan terdahulu. Jadi saya tidak letakkannya untuk berdepan Selangor untuk mengelaknya kelihatan seperti tidak berfungsi.

Advertisements

“Kedudukannya sebagai penyerang berdasarkan kualiti yang dia ada mungkin tidak berapa sesuai dengan corak permainan kami. Mungkin dia akan mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri,” katanya kepada media selepas perlawanan semalam.

Selepas 20 perlawanan, skuad Rusa ketika ini menduduki tangga kesembilan liga dengan 21 mata. Selepas ini, mereka akan turun menentang Kelantan United FC dalam aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia pada 20 Ogos.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram