Dunia
@Mancuer91
Advertisements

Angkara mencekik leher Will Hughes tatkala pemain Man Utd-Crystal Palace bertelagah berkenaan insiden Antony-Jeffrey Schlupp, Casemiro dikenakan kad merah. Dan ia hampir-hampir mengorbankan kemenangan Red Devils ke atas Palace dalam perlawanan EPL mereka hari ini.

Semuanya bermula menerusi tindakan Schlupp melanggar Antony ke luar padang. Apabila kedua-duanya bersemuka dan mula bertolak-tolak, pemain-pemain kedua-dua pasukan kemudiannya masuk campur dan cuba meleraikan ketegangan antara kedua-dua pemain.

Dalam insiden inilah, Casemiro didapati memegang leher bekas pemain Watford itu dengan kedua-dua tangannya. Insiden ini pada awalnya tidak disedari oleh pengadil Andre Marriner.

Advertisements
Manchester United Crystal Palace EPL beIN SPORTS Kad Merah Casemiro Cemar Kemenangan Manchester United
Insiden Casemiro-Will Hughes dikesan oleh VAR. Sumber: beIN SPORTS

Tetapi selepas disemak oleh VAR, Marriner diminta pergi ke monitor dan melihat sendiri insiden berkenaan. Dan itu cukup untuk pengadil tersebut melayangkan kad merah ke atas bekas pemain tengah Real Madrid itu pada minit ke-70 atas alasan berkelakuan ganas.

Sebelum itu, Red Devils selesa mendahului pasukan pelawat di Old Trafford. Mendahului menerusi penalti Bruno Fernandes pada minit ketujuh, gol ini juga penuh dengan drama.

Pada awalnya, Marriner tidak menganugerahkan penalti kepada United walaupun bola didapati terkena tangan Hughes dalam kotak penalti. Tetapi selepas memeriksa monitor atas saranan VAR, penalti diberi dan Fernandes mudah menewaskan penjaga gol Palace, Vicente Guaita.

Advertisements

Mendahului 1-0 pada babak pertama, Red Devils kemudian menambah gol kedua menerusi Marcus Rashford selepas menyempurnakan hantaran Luke Shaw pada minit ke-62.

Dipaksa beraksi dengan 10 pemain, kelebihan tersebut dimanfaatkan Palace untuk memburu gol penyamaan. Beberapa minit selepas Casemiro dibuang padang, Schlupp merapatkan jurang pada minit ke-76.

Walaupun diasak bertubi-tubi oleh pasukan pelawat, anak-anak buah Erik Ten Hag teguh mempertahankan kedudukan 2-1 sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini merapatkan jurang mereka dengan Manchester City yang menduduki tangga kedua sebanyak tiga mata.

Advertisements

Dengan keputusan ini, Casemiro bakal dikenakan penggantungan tiga perlawanan. Tetapi bukan dia saja yang perlu menjalani penggantungan perlawanan.

Ini kerana penyerang Eagles, Jordan Ayew juga berpotensi dikenakan penggantungan sama atas kelakuan ganas. Ini selepas wujud rakaman yang mendapati Ayew menolak dan mencekik leher pemain tengah United, Fred dengan tangannya dalam insiden sama.

Walaupun VAR dan Marriner tidak mengambil sebarang tindakan dalam perlawanan, ia boleh saja berubah sekiranya panel disiplin Persatuan Bola Sepak (FA) mendapati ada asas untuk pemain Ghana itu dikenakan tindakan disiplin.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram