Aksi Liga Super antara DPMM FC dan Sabah FC dicemari dengan insiden kaki tinggi penyerang Indonesia, Ramadhan Sananta terkena kepada penyerang kebangsaan, Darren Lok.
Insiden itu berlaku pada minit ke-16 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.
Ramadhan dilihat cuba merebut bola sehingga mengangkat kaki terlalu tinggi. Ini mengakibatkan kaki bekas penyerang Persis Solo itu terkena kepala penyerang Harimau Malaya itu.
Situasi ini mendorong pengadil tidak teragak-agak melayangkan kad merah kepada Ramadhan atas apa yang berlaku.
Setelah itu, pasukan perubatan masuk ke padang untuk memberi rawatan kecemasan kepada Darren. Selepas mendapat rawatan, bekas penyerang PJ City FC itu dapat meneruskan permainan.
Kedua-dua pasukan ketika ini terikat tanpa jaringan dengan DPMM beraksi dengan 10 pemain. Jurulatih DPMM, Jamie McAllister dilihat tidak membuat sebarang perubahan untuk baki separuh masa pertama.