Kad Merah Yazan Al-Arab Cetuskan Tanda Tanya
Dunia
Youtube Unifi
Advertisements

Perlawanan ketiga saingan Liga Super menyaksikan pertembungan di antara Selangor FC menentang pasukan Negeri Sembilan yang berlangsung di Stadium Paroi, Negeri Sembilan.

Pemain pertahanan Selangor FC, Yazan Al-Arab dilayangkan kad merah seawal minit ke-22 permainan telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan ramai pihak.

Pemain berusia 33 tahun itu dikatakan mengasari penyerang Negeri Sembilan, Mathew Alves berjaya menolak bola kehadapan lalu dijatuhkan oleh Yazan Al-Arab.

Advertisements

Keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan iaitu Hamdan Awang terus dipertikai para pemain Selangor FC.

Walau bagaimanapun, selepas ulang tayang tindakan Yazan menyaksikan tiada kekasaran yang sewajarnya perlu dilayangkan kad merah. Tiada penolakan atau tarikan yang keras yang dapat dilihat daripada asakan tersebut.

Perlawanan diteruskan dan Selangor FC terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain dan ketika ini pasukan Merah Kuning itu sedang mendahului Negeri Sembilan dihadapan dengan jaringan 1-0.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram