Advertisement
Kalamullah Al-Hafiz & 5 Pemain Kekal Berbakti Buat Kedah
Liga Super
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Pasukan Kedah Darul Aman (KDA) harini mengumumkan seramai enam orang pemain akan terus kekal berbakti bersama bagi musim baharu 2024/2025.

Enam pemain ini masih mempunyai kontrak bersama skuad. Antaranya ialah Kalamullah Al-Hafiz (28), Fayadh Zulkifli (25), Wan Amirul Afiq (31), Aiman Afif (23), Hieshamudin (25) dan Kamil Akmal (25).

Ketika ini, Kedah dilihat sedang membuat rombakan pemain dan mereka baru sahaja mengumumkan 13 pemain termasuk pemain import rasmi meninggalkan Sang Kenari musim baharu ini.

Seramai 8 pemain dimaklumkan telah memperbaharui kontrak bersama Kedah. Ini bermakna 14 pemain sah kekal bersama pasukan bagi musim baharu. 

Bagaimanapun, persiapan Kedah bagi saingan Liga Malaysia 2024/25 kini sudah mencapai 85 peratus. Namun, keutamaan tetap pada jalan penyelesaian tunggakan kewangan bagi tahun 2023.