Kedah Bersedia Hadapi Musim Baru Liga Super
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Walaupun berdepan isu getir berkaitan tunggakan gaji, pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) memaklumkan sudah membuat persediaan bagi menghadapi saingan Liga Super musim baharu Mei depan.

Dalam satu siaran media yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan pasukan di laman sosial, persediaan Kedah untuk menghadapi musim baharu Liga Super kini sudah mencapai 85 peratus.

Namun begitu, tidak akan ada pengumuman berkenaan pasukan tersebut buat masa ini sehingga segala penyelesaian tunggakan kewangan tahun 2023 berjaya diselesaikan.

Advertisements

“Walaupun kelab bergelut dengan isu kelestarian kewangan musim lepas, pihak pengurusan tetap fokus melakukan segala persiapan pasukan-pasukan KDA FC untuk musim 2024-2025.

“Proses persiapan kini sudah mencapai tahap 85% namun segala langkah yang diatur bergantung kepada keutamaan penyelesaian tunggakan kewangan tahun 2023. Justeru, pengumuman berkenaan pasukan serta penajaan hanya akan dilakukan selepas isu utama diselesaikan,” umum KDA FC melalui satu siaran media sebentar tadi.

Dengan kebanyakan pasukan sudah memulakan latihan pra-musim, Kedah walau bagaimanapun dijangka akan memulakan latihan pra-musim bermula minggu hadapan.

Advertisements

Sebagai info, Kedah telah diberikan tarikh akhir oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menyelesaikan segala tunggakan gaji iaitu sebelum 5 Mac depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram