“Kalau Skuad Baik Tapi Tak Ada 3 Ni Tak Guna Juga” – Peminat Cilik Terengganu
Hiburan
Terengganu FC
Advertisements

Aksi Liga Super ke-6 melibatkan pertembungan antara Terengganu dan Kelanta n United menyaksikan pasukan tuan rumah mencatatkan kemenangan 2-1 namun komentar ‘jurulatih’ cilik mencuri tumpuan penyokong.

Kemenangan tersebut jelas menggembirakan para penyokong skuad Peteh susulan aksi hambar pada permulaan musim ini.

Aksi ini bagaimanapun diserikan lagi dengan komentar yang diberikan oleh penyokong Terengganu yang dikenali sebagai Hasif.

Advertisements

Dalam satu temubual, beliau jelas berpuas hati dengan persembahan pasukan kesayangannya itu setelah berhasil meraih kemenangan yang cukup bermakna.

Malah, Hasif turut mengakui bahawa skuad Terengganu kini memiliki barisan pemain yang baik dan berkebolehan, namun perlukah dibekalkan dengan tiga elemen penting sebagai sebuah pasukan.

“Saya tengok persembahan terengganu pada malam ini sangat menarik.”

Advertisements

Hasif ditanya mengenai pandangannya sekiranya diberi peluang sebagai jurulatih untuk membua penambahbaikan ke dalam pasukan sedia ada.

“Kalau saya jadi jurulatih, penjaga gol hinggalah ke posisi penyerang sudah baik, tapi kalau kita tak ada tiga ini tak juga juga, mentaliti, fokus dan juga kerjasama,” jelasnya kepada TFC Play.

Peminat ini sempat berseloroh untuk mengambilnya sebagai pemain sekiranya mahu Terengganu bermain dengan lebih baik.

Advertisements

Terengganu kini berada pada tangga ke-8 Liga Super dan bakal bertemu musuh tradisi, Kelantan bagi aksi berikutnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram