“Kalau Tak Boleh Pi, Kena Cari Penyerang Lain” – Azraai Khor
Liga Super
Berita Harian
Advertisements

Prestasi kurang memberangsangkan dua penyerang import Kedah, Willian Lira dan Jonathan Balotelli sejak beberapa perlawanan mula meresahkan penyokong kelab itu. Bagi bekas jurulatih Kenari, Azraai Khor Abdullah, ia mengundang persoalan tentang keupayaan menjaringkan gol mereka yang sebenar.

Azraai bercakap dari pengalaman kerana pernah melatih bekas penyerang Kenari, Marlon Alex James. Kelibat James amat ditakuti lawan ketika itu dan turut menyumbang kepada kejayaan treble berganda Kedah pada 2007 dan 2008.

Dan jika dibandingkan kedua-duanya dengan James, Lira dan Balotelli kelihatan tumpul. Kedua-duanya masing-masing menyumbang satu gol dengan gol tersebut dicatat dalam kemenangan 4-1 Kedah ke atas Perak dalam perlawanan sulung Liga Super musim ini.

Advertisements

Sejak itu, kedua-duanya gagal menyumbat sebarang gol termasuk dalam kekalahan perlawanan pusingan pertama Piala FA menentang Penang yang berlangsung beberapa hari lepas.

“Kalau kita tengok daripada segi serangan Kedah, kombinasi masih belum cukup. Mungkin masih awal tetapi mereka perlu bertindak segera.

“Masa lawan Perak kita lawan sembilan orang baru menang besar, lawan Terengganu dapat gol minit akhir, lawan PDRM kita kalah (0-1).

Advertisements

“Persoalannya kelibat Lira dengan Balotelli langsung tak nampak beri ke­lebihan buat Kedah. Dengan kewangan yang kukuh, patut carilah pemain yang betul-betul bagus. Melihat rekod jaringan lampau mereka pun, kita sudah boleh buat tapisan,” katanya bila dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Azraai turut melihat dengan tempoh mereka bersama Kedah termasuk pra-musim di Turkiye, ini sepatutnya sudah cukup bagi Lira dan Balotelli menunjukkan bisa mereka di depan pintu gol.

“Cukup dah kot, sudah bermain di Turkiye (pramusim) balik main di Malaysia, tiga aksi Liga Super tapi apa yang kita nampak daripada dia (Lira), biasa sahaja.

Advertisements

“Kita sudah sain (menandatangani mereka), mau tak mau kita kena bagi peluang sampai jendela perpindahan. Buat masa sekarang kena sabar dan bagi mereka terus main tapi kalau sampai tahap tak boleh pi, kita kena cari pe­nyerang lain,” tambahnya.

Lira dan Balotelli perlu membuktikan perpindahan mereka ke skuad Kenari berbaloi. Dan itu perlu direalisasikan dengan merobek gawang Kelantan United di Kota Bharu dengan perlawanan berlangsung pada Isnin ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram