Ketua jurulatih Thailand, Mano Polking gembira kerana Malaysia mengadakan konsert yang menyaksikan pengurangan jumlah penonton seramai 21,000 orang.
Pengendali kelahiran Brazil ini turun pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil esok dalam misi untuk membawa bekalan selesa pulang ke bumi Thailand.
Mengulas lanjut, individu berusia 46 tahun ini lega apabila venue utama Harimau Malaya ini tidak dapat memuatkan sepenuhnya penyokong bagi aksi penting pada eosk hari.
Hal ini susulan penganjuran konsert Jay Chou yang terpaksa mengorbankan puluhan ribu tempat duduk bagi kerja pemasangan pentas.”
“Kami bertuah kerana Malaysia mengadakan konsert di sini (Bukit Jalil).”
“Jadi stadium tidak akan penuh seperti kebiasaan,” jelasnya.
Namun begitu, beliau tetap waspada dengan perancangan pasukan Malaysi sambil tidak mahu anak buahnya termakan dengan tekanan daripada para penyokong tuan rumah.
“Kami datang dan mahu kawal bola, mahu menguasai permainan dan menyerap tekanan, jadi perancangan pasukan dapat dilaksanakan.”
Thailand sudah tentu mahu mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada edisi lalu sambil Polking optimis pasukannya sudah bersedia sepenuhnya bagi aksi kali ini.