“Kami Pergi Piala AFF Bukan Suka-Suka” – Fazly Mazlan
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Pemain pertahanan Selangor FC, Muhammad Fazly Mazlan yakin bahawa skuad Harimau Malaya mampu melakar kejutan di pentas Piala AFF 2022. 

Walaupun skuad negara dibarisi ramai muka-muka baru, pertahanan kiri itu menjelaskan perjalanan Harimau Malaya di kejohanan kali ini bukan hanya sebagai pelengkap jadual malah beliau dan rakan sepasukan optimis untuk membawa Malaysia ke pentas final.

“Saya lihat kami mempunyai peluang untuk pergi lebih jauh dalam kejohanan kali ini kerana semua pemain bermain habis-habisan untuk negara.”

Advertisements

“Kami di kem latihan ini bukan menghabiskan masa dan untuk suka-suka tetapi kami fokus untuk pergi sejauh yang mungkin,” tegas Fazly.

Beliau juga yakin skuad kendalian Kim Pan-gon sudah bersedia menjelang perlawanan pertama Piala AFF bertemu Myanmar. Pemain berusia 28 tahun itu juga menjelaskan bahawa barisan pertahanan negara dilihat semakin serasi dari hari ke hari.

“Bagi saya tidak mustahil untuk kita menang sebab dalam bola sepak ini apa sahaja boleh berlaku, InsyaAllah jika ada rezeki pastinya kita akan menang dan barisan pertahanan semakin baik selepas kami tidak dibolosi dalam dua perlawanan persahabatan.”

Advertisements

“Selepas beberapa minggu berlatih bersama, alhamdulillah kami semakin serasi dan sudah bersedia untuk menghadapi kejohanan Piala AFF ini,” ujar Fazly kepada Harian Metro.

Malaysia bakal berdepan Myanmar pada Rabu, 21 Disember 2022 di Stadium Thuwunna pada jam 6.00 petang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram