“Kamu Akan Saksikan Pemain Terbaik Jepun Di Malaysia” – Keisuke Honda
MakanBola
Keisuke Honda
Sponsors

Bekas ketua jurulatih Kemboja, Keisuke Honda memberi bayangan bahawa rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan aksi pemain terbaik Jepun tidak lama lagi.

Bintang Piala Dunia Jepun tahun 2010 itu membuat ramai pihak tertanya-tanya selepas beliau membuat kenyataan telah hadir ke Malaysia.

Ad

Sungguhpun tujuan asalnya agak kabur, jurulatih muda berusia 37 tahun itu teruja untuk bertemu kenalan baharu di Malaysia.

Ad

“Saya kini sedang berada di KL (Malaysia). Saya gembira bertemu orang-orang baru untuk belajar banyak perkara baru,” ujar Honda.

Honda sekali lagi memberi bayangan terbaru dengan menyatakan hasrat untuk beraksi di Malaysia sekiranya diberikan peluang.

Ad

“Bagaimana pula jika saya bermain bola sepak di Malaysia pada masa hadapan? Saya rasa anda akan dapat melihat pemain Jepun terbaik.”

Ad

Kenyataan tersebut membuatkan ramai tertanya-tanya tentang status sebenar beliau hadir ke Malaysia kali ini.

Ad

Beliau telah berkhidmat sebagai jurulatih Kemboja bermula tahun 2018 hingga 2023.

Sepanjang beraksi buat skuad senior Jepun, Honda telah meledak 37 gol dalam lebih 100 penampilan.